Masa depan subjek Reka Cipta - Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia (Rabu, 8 Julai 2009)
Dalam tahun 2005 dimaklumkan terdapat sekitar 330 buah sekolah yang menawarkan subjek reka cipta. Ia merupakan subjek Mata Pelajaran Vokasional (MPV) elektif dan biasanya ditawarkan hanya kepada pelajar yang mengambil aliran sastera. Pada tahun 2006, diberitakan jumlah sekolah yang berminat untuk menawarkan subjek ini berkurangan kepada hampir 200 buah. Antara alasan yang diberi adalah kekurangan guru berkelayakan bagi mengajar subjek tersebut dan ketiadaan bengkel, peralatan serta perkakasan yang mencukupi. Selain itu, pelajar juga dikatakan kurang berminat untuk mengikuti subjek ini. Di sekolah-sekolah tertentu, di mana terdapat guru yang pro-aktif dan yakin akan kepentingan kemahiran reka cipta ini bagi membantu menjana kehidupan pelajar selepas persekolahan, ia diajar menggunakan apa sahaja ruang, perkakasan dan perisian di sekolah, termasuk memuat turun perisian percuma dari internet serta ke tahap menggunakan perisian cetak rompak. Saya tidak menyalahkan sesiap...
Comments