Semalam aku terpaksa menghadiri suatu mesyuarat di sekolah lama aku. Aku belajar di sekolah tu selama 2 tahun, iaitu ting. 4 & 5. Lepas tu, aku singgah sekejap di bilik guru, manalah tahu aku boleh jumpa cikgu maths aku. Alhamdullilah, aku dapat juga bertemu dengan cikgu maths aku yang telah mengajar aku maths semasa aku di ting. 4 & 5. Terharu aku jumpa dia... aku nampak dia juga gembira jumpa aku... al-maklumlah, dah hampir 19 tahun aku meninggalkan sekolah itu. Cikgu aku tu pun dah nak pencen. Bila aku perhatikan dia, teringat kembali kenangan semasa waktu zaman persekolahan... happy sangat masa tu... tak ader tekanan yang banyak, kecuali tekanan hanya untuk belajar sahaja... betul tak??? Bila dah tua macam ni, pelbagai tekanan yang berlingkar disekelilingi kita. Tekanan kerja, tekanan kewangan, tekanan membesarkan anak-anak, tekanan nak menjaga hati orang lain, dan bermacam-macam tekananlah... :-) so, kalau nak senaraikan... aku rasa tak tersenarai... tapi, kal...
Comments