Guru kira mengira ... :-)
Semalam aku terpaksa menghadiri suatu mesyuarat di sekolah lama aku.
Aku belajar di sekolah tu selama 2 tahun, iaitu ting. 4 & 5.
Lepas tu, aku singgah sekejap di bilik guru, manalah tahu aku boleh jumpa cikgu maths aku. Alhamdullilah, aku dapat juga bertemu dengan cikgu maths aku yang telah mengajar aku maths semasa aku di ting. 4 & 5. Terharu aku jumpa dia... aku nampak dia juga gembira jumpa aku... al-maklumlah, dah hampir 19 tahun aku meninggalkan sekolah itu. Cikgu aku tu pun dah nak pencen.
Bila aku perhatikan dia, teringat kembali kenangan semasa waktu zaman persekolahan... happy sangat masa tu... tak ader tekanan yang banyak, kecuali tekanan hanya untuk belajar sahaja... betul tak??? Bila dah tua macam ni, pelbagai tekanan yang berlingkar disekelilingi kita. Tekanan kerja, tekanan kewangan, tekanan membesarkan anak-anak, tekanan nak menjaga hati orang lain, dan bermacam-macam tekananlah... :-) so, kalau nak senaraikan... aku rasa tak tersenarai... tapi, kalau untuk orang KL, ada satu tekanan yang paling tidak boleh elak iaitu TEKANAN SEMASA MEMANDU... betul tak??? :-)
Di bawah ini, aku selitkan semula potongan sajak guru oh guru oleh Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Comments