Guru haruslah mencintai ilmu...

Salam...

Aku nak luahkan apa yang berlaku pada hari ini... Semasa kelas mata pelajaran Reka Cipta bermula untuk tingkatan 4 ___ , tiba-tiba beberapa murid kelas tersebut mengangkat tangan dan memberitahu yang mereka ingin 'dropped' subjek tersebut sebab tidak berminat dan tidak suka dengan subjek ini.

Aku ingatkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi, tapi rupanya ia timbul semula. Aku sangkakan perkara ini telah selesai pada minggu lepas, tapi tup-tup... timbul balik... macam biskut pulak... kejap ada, kejap tak ada... hmmm... tension sekejap dibuatnye...

Setelah diselidiki... aku dapati ada beberapa orang guru secara tidak langsung telah meng'condemm' subjek ini kononnya tidak ada masa depan sekiranya mengambil subjek ini. Aku agak kecewa dengan sikap sebegini kerana seseorang guru haruslah mempunyai sifat mencintai ilmu dan juga memberi kata nasihat yang positif terhadap pelajar. Jika tidak tahu secara mendalam mengenai sesuatu subjek, perlulah bertanya kepada guru subjek tersebut supaya tidak memberi maklumat yang salah kepada pelajar setelah membuat tanggapan sendiri yang tidak berasas terhadap sesuatu perkara...

Aku berpendapat bahawa ilmu yang baik haruslah dicari dan dipelajari walaupun ia sebesar pasir halus supaya ia dapat diisikan dalam memori otak kita yang masih ada banyak ruangan kosong yang belum digunakan lagi....

Cuba-cuba fikirkannya... :-(

Comments

Popular posts from this blog

Masa depan subjek Reka Cipta - Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia (Rabu, 8 Julai 2009)

Guru kira mengira ... :-)