My 3rd little star...
10 hari lepas aku bertarung ngan pisau dan ubat bius kat OT(minor) di HUKM. Tiga orang doktor bertungkus lumus mengeluarkan satu 'benda hidup' yang berharga untuk kami sekeluarga... NUR ANISAH. Tak terucap dengan kata-kata apabila mendengar tangisan bayi yang kami gelarkannya ANIS semasa dlm perutku lagi...
Lepas tu, dtg seorang nurse membawa ANIS berjumpa ngan ku dan suruh aku menciumnya beberapa kali, satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan dan luahkan dengan kata-kata... sebab sebelum ini aku tak dapat merasai perasaan ini bersama dengan 2 orang anak terdahulu dari ANIS iaitu kakaknya dan abangnya.
Sehari sebelum masuk OT aku dah berdebar dan tak 'senang duduk' sekaligus aku agak stress. Perasaan yang aku rasai ini tidak seperti perasaan yang aku lalui pada 2 pembedahan yang lalu walaupun ia merupakan kes kecemasan berbanding pembedahan terbaru ini yang telah dirancang lebih awal... aku pun agak keliru kenapa perasaan ini boleh timbul... aku rasa kemungkinan kerana aku ada banyak waktu untuk berfikir yang bukan-bukan berbanding dengan 2 pembedahan yang lalu yang memerlukan waktu yang singkat untuk melakukan pembedahan kerana kes kecemasan... yang pastinya aku dapat pengajaran di sini... NUR ANISAH BINTI IDZAHAN... buah hati ibu yang baru... :-)

Comments