KUASA SEBUAH NOVEL & SEBUAH FILEM (MOVIE)...

Assalammualaikum dan salam perpaduan...

Kebelakangan ini aku ada baca beberapa buah novel dan sering jugak menonton TV... sajer mengisi masa lapang. Salah sebuah novel yang aku baca tu, tajuknya - CEMBURU SEORANG PEREMPUAN oleh SITI HAZNEZA ABDUL HAMID dan penerbitnya CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD. Untuk pengetahuan korang semua, aku dah baca buku nie lebih kurang 3 - 4 kali gak, dan setiap kali aku habis baca, aku akan menitiskan air mata. Pada pendapat aku, penulis nie telah menggarap tulisannya dengan agak baik sampai boleh menitiskan air mata pembaca. Novel ini mengisahkan persahabatan sejati antara 2 individu yang berbeza jantina yang belum pernah kita dengar dan amat menyentuh jiwa... aku rasa kalau cerita ini dibuat filem / movie... mmmm... tapi, semuanya bergantung pada pelakon yang akan membawa watak tersebut...

Dan petang tadi pulak, aku telah menonton cerita di TV3, cerita ulangan kot... sebab aku tak pasti coz aku bukannya kaki tengok TV-CEREKAPILIHAN kul 1.30 tgh hari tadi. Kisah pasal seorang anak yang telah berjaya di perantauan dan cuba melupakan asal usulnya kerana sebab-sebab tertentu dan akhirnya, alhamdullilah dia kembali semula ke kampung halamannya walau pun dah 25 tahun dia tak balik ke sana, dan ini semua adalah kerana IBU...

IBU... IBU... IBU... :-)

Comments

Popular posts from this blog

Masa depan subjek Reka Cipta - Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia (Rabu, 8 Julai 2009)

Guru kira mengira ... :-)