Posts

Showing posts from 2009

My 3rd little star...

10 hari lepas aku bertarung ngan pisau dan ubat bius kat OT(minor) di HUKM. Tiga orang doktor bertungkus lumus mengeluarkan satu 'benda hidup' yang berharga untuk kami sekeluarga... NUR ANISAH. Tak terucap dengan kata-kata apabila mendengar tangisan bayi yang kami gelarkannya ANIS semasa dlm perutku lagi... Lepas tu, dtg seorang nurse membawa ANIS berjumpa ngan ku dan suruh aku menciumnya beberapa kali, satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan dan luahkan dengan kata-kata... sebab sebelum ini aku tak dapat merasai perasaan ini bersama dengan 2 orang anak terdahulu dari ANIS iaitu kakaknya dan abangnya. Sehari sebelum masuk OT aku dah berdebar dan tak 'senang duduk' sekaligus aku agak stress. Perasaan yang aku rasai ini tidak seperti perasaan yang aku lalui pada 2 pembedahan yang lalu walaupun ia merupakan kes kecemasan berbanding pembedahan terbaru ini yang telah dirancang lebih awal... aku pun agak keliru kenapa perasaan ini boleh timbul... aku rasa kemungkinan kera...

Untuk Renungan Bersama...

Rasulullah s.a.w bersabda... maksudnya :- "Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap saudaranya iaitu :- " 1. Menjawab salam. 2. Mendoakan orang yang bersin. 3. Memenuhi undangan. 4. Menjenguk orang yang sakit. 5. Menghantar jenazah.

"Suratan" atau "Kebetulan"???

"Setiap kejadian / peristiwa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan telah pun ditentukan oleh-Nya..."

ZIARAH...

Salam & salam perpaduan... Aku dah lama nak tulis sesuatu, tapi pasal kekangan masa, tak dptlah nak buat... so, nie ada masa lapang skit... Nie nak citer pasal ZIARAH... banyak jenis ZIARAH... 1) ZIARAH orang dapat anak / zuriat baru... 2) ZIARAH orang sakit... tak kiralah sakit biasa2x ataupun sakit teruk / kuat... 3) ZIARAH orang meninggal... 4) ZIARAH kubur... 5) ZIARAH tempat-tempat bersejarah... 6) ZIARAH tempat-tempat yang menarik... macam melanconglah... dll... Menurut kamus dewan yang sempat aku selak, ZIARAH bermaksud perkunjungan ke sesuatu tempat. BerZIARAH pula bermaksud berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat. MenZIARAHi bermaksud mengunjungi sesuatu tempat atau mengunjungi seseorang; pergi melawat. Cth ayat : Anaknya pergi menZIARAHi kawan-kawannya di bandar. Che wah... macam cikgu mengajar Bahasa Malaysia pulak gayanya... tapi yang pastinya, nak citer pasal ZIARAH-menZIARAHi orang sakit... Kalau pasal nak ZIARAH orang sakit nie, aku s...

EARTH HOUR

Cakap pasal EARTH HOUR lepas... aku pun join lah sama bersama anak2x dan hubby ku... anak2x aku bising pasal tutup lampu... depa kata takutlah... tak seronok lah... dan macam-macam alasan lagilah... pasal tak nak dengar depa bising... aku ngan suami pun bagilah torchlight kat depa sambil menyatakan kat depa yg kita kena sayangkan bumi kita... kononnya lah... lagi pun tak lama... hanya sejam jer... dan selama sejam tu jugak, aku tengok kawasan kat dekat umah aku pun majoriti menjayakan program tersebut... itu depa yg ada kesedaran pasal bumi dll... tapi kebanyakannya masih tak ada kesedaran... 3R pun kita tak laksanakan sepenuhnya... REDUCE, REUSE dan RECYCLE... The next day, aku tanya kat kekawan sekerja aku pasal program EARHT HOUR kat kawasan tempat tinggal depa... ada kata OK, ada kata tak OK... but most of it, tak OK... nie menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi tak sedar2x... (termasuklah aku... hehehe...). Aku rasa program pasal berkaitan ngan bumi kita nie ya...

Sekadar renungan bersama...

Ingin berkongsi bersama anda... "Hati-hati dengan pemikiran anda, ia akan menjadi percakapan anda. Hati-hati dengan percakapan anda, ia akan menjadi perbuatan anda. Hati-hati dengan perbuatan anda, ia akan menjadi keterbiasaan anda. Hati-hati dengan keterbiasaan anda, ia akan menjadi sifat anda."