Posts

Showing posts from 2012

Guru haruslah mencintai ilmu...

Salam... Aku nak luahkan apa yang berlaku pada hari ini... Semasa kelas mata pelajaran Reka Cipta bermula untuk tingkatan 4 ___ , tiba-tiba beberapa murid kelas tersebut mengangkat tangan dan memberitahu yang mereka ingin 'dropped' subjek tersebut sebab tidak berminat dan tidak suka dengan subjek ini. Aku ingatkan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi, tapi rupanya ia timbul semula. Aku sangkakan perkara ini telah selesai pada minggu lepas, tapi tup-tup... timbul balik... macam biskut pulak... kejap ada, kejap tak ada... hmmm... tension sekejap dibuatnye... Setelah diselidiki... aku dapati ada beberapa orang guru secara tidak langsung telah meng'condemm' subjek ini kononnya tidak ada masa depan sekiranya mengambil subjek ini. Aku agak kecewa dengan sikap sebegini kerana seseorang guru haruslah mempunyai sifat mencintai ilmu dan juga memberi kata nasihat yang positif terhadap pelajar. Jika tidak tahu secara mendalam mengenai sesuatu subjek, perlulah bertanya kepad...