Posts

Showing posts from 2011

Tentang Dhia

Salam semua... La nie ramai orang sibuk tengok 'Tentang Dhia' termasuklah aku... Pasal siri semalam, aku nak komen sikit... aku rasa memang orang tak suka apabila Melly sibuk serang Dhia... Tapi, sebenarnya tindakan Melly itu membolehkan sesuatu keputusan yang tepat boleh diambil oleh Dhia... cuba fikirkanlah... Kadang kala, satu tindakan yang tidak disukai orang ramai tetapi sebaliknya merupakan petunjuk yang diberikan oleh Allah... hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya... :-)

'Air muka' yang boleh 'dibaca'

Hi.... For your all punye info, tengah hari tadi aku ngan suami terpaksa pergi emergency kat HUKM untuk bawa anak kami yang ketiga Anisah. Kesian kat dia coz dahinya terhantuk pada besi kerusi sewaktu sibuk hendak mengelap lantai. Dia nie rajin sikit, semua benda pun sibuk nak buat. Budak baru 2 tahun, pantang orang lain buat, dia pun sibuk nak buat dan tiru perlakuan orang lain, so apa saje nak dicuba dan nak buatnya sendiri. Al-kisahnye, sampai kat pintu emergency HUKM, aku dan beberapa orang yang lain berada di pintu emergency tersebut. Pada masa yang sama, aku bertukar berpandangan dengan salah seorang staf on duty di kaunter kecemasan tersebut. Dengan serentak aku dan staf tersebut duduk di meja dan sesi soal jawab mengenai bagaimana dahi Anisah bengkak pun bermula. Bagi pandangan peribadi aku, aku nak tekankan di sini bahawa pekerja emergency di HUKM adalah sangat-sangat terlatih berbanding dengan pekerja emergency yang lain (hospital swasta). Aku selalu ke HUKM dan aku suka perh...

Lelaki sejati

Ada sebahagian daripada tulisan ringkas yang aku ambil daripada satu halaman ni---> www.inspirasikita.com untuk dikongsi bersama... Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya kepada orang disekitarnya... Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya... Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah... Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya yang memahami soalan... p/s : so... cuba fikir-fikirkan... untuk renungan bersama... :-)

KEMESRAAN SELEPAS PERKAHWINAN

Aku nak kongsi sikit bersama yang lain tentang topik ini. Aku dapat dari FB. Pertama kali aku baca, aku ketawa geli hati, sebab banyak yang benar tentang topik ini. aku rasa hampir 80-90% lah. Sebelum Tido: 6 minggu: selamat tido sayaaang, m ... impi indah2 ya, mmmuach. 6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???! Pakai Toilet: 6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhh 6 bulan: masih lama lagi ke nih? 6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !! Balas SMS: 6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang.. 6 bulan:trafik jam aah 6 tahun:k.. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u?? Pulang Keje: 6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih... 6 bulan : I'm BACK!! 6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker?? ...

Guru kira mengira ... :-)

Semalam aku terpaksa menghadiri suatu mesyuarat di sekolah lama aku. Aku belajar di sekolah tu selama 2 tahun, iaitu ting. 4 & 5. Lepas tu, aku singgah sekejap di bilik guru, manalah tahu aku boleh jumpa cikgu maths aku. Alhamdullilah, aku dapat juga bertemu dengan cikgu maths aku yang telah mengajar aku maths semasa aku di ting. 4 & 5. Terharu aku jumpa dia... aku nampak dia juga gembira jumpa aku... al-maklumlah, dah hampir 19 tahun aku meninggalkan sekolah itu. Cikgu aku tu pun dah nak pencen. Bila aku perhatikan dia, teringat kembali kenangan semasa waktu zaman persekolahan... happy sangat masa tu... tak ader tekanan yang banyak, kecuali tekanan hanya untuk belajar sahaja... betul tak??? Bila dah tua macam ni, pelbagai tekanan yang berlingkar disekelilingi kita. Tekanan kerja, tekanan kewangan, tekanan membesarkan anak-anak, tekanan nak menjaga hati orang lain, dan bermacam-macam tekananlah... :-) so, kalau nak senaraikan... aku rasa tak tersenarai... tapi, kal...

Ayah dan Ibu...

Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapatlah melihat bulan dan matahari Ahai... Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai... Ayah dan ibu lah Mesti dihormati Ayah dan ibu Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan nasihat Supaya hidup Supaya hidup kita akan selamat -SUDIRMAN-

Suratan atau kebetulan...

Sesuatu yang tak disangka Seringkali mendatangi kita Itukah suratan dalam kehidupan Atau hanya satu kebetulan Kita asyik membicarakan Persoalan hidup dan pilihan Sedang kejujuran semakin berkurang Masih tiada bertemu jawapan ( korus 1) Walau kita dihadapkan Dengan berbagai pilihan Mengapa sering terjadi Pilihan tak menepati ( korus 2 ) Hingga amat menakutkan Menghadapi masa depan Seolah telah terhapus Sebuah kehidupan yang kudus Pertemuan sekali ini Bagi diriku amat bererti Tetapi ku bimbang untuk menyatakan Bimbangkan berulang kesilapan ( ulang dari korus 1) Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)

Guru oh guru...

Sajak untuk guru yang paling aku suka dari dulu hingga sekarang... :-) Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepala ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi... Guru Oh Guru .................. Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili s...

Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Bagai rambut bersimpul mati Batang selasih permainan budak Daun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan Kalau tuan mudik ke hulu Carikan saya bunga kemboja Kalau tuan mati dahulu Nantikan saya di pintu syurga Sumber: Lagu Gurindam Jiwa

PERHATIAN!!!

Rupa & 'nafas' baru blog ku setelah hampir dua tahun 'menyembunyikan diri...

Data... data... data...

Salam... Lega rasanya data dah selesai dihantar... la nie pegawai tengah menyemak ralat... atau guru data kata 'lalat'... hehehe... :-) hampir dua tahun aku tak bukak / update blogspot... so... :-) p/s : Setiap data perlu ada integritinya...