Posts

Showing posts from November, 2008

KUASA SEBUAH NOVEL & SEBUAH FILEM (MOVIE)...

Assalammualaikum dan salam perpaduan... Kebelakangan ini aku ada baca beberapa buah novel dan sering jugak menonton TV... sajer mengisi masa lapang. Salah sebuah novel yang aku baca tu, tajuknya - CEMBURU SEORANG PEREMPUAN oleh SITI HAZNEZA ABDUL HAMID dan penerbitnya CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD. Untuk pengetahuan korang semua, aku dah baca buku nie lebih kurang 3 - 4 kali gak, dan setiap kali aku habis baca, aku akan menitiskan air mata. Pada pendapat aku, penulis nie telah menggarap tulisannya dengan agak baik sampai boleh menitiskan air mata pembaca. Novel ini mengisahkan persahabatan sejati antara 2 individu yang berbeza jantina yang belum pernah kita dengar dan amat menyentuh jiwa... aku rasa kalau cerita ini dibuat filem / movie... mmmm... tapi, semuanya bergantung pada pelakon yang akan membawa watak tersebut... Dan petang tadi pulak, aku telah menonton cerita di TV3, cerita ulangan kot... sebab aku tak pasti coz aku bukannya kaki tengok TV-CEREKAPILIHAN kul 1.30 tgh hari tadi....

"JANGAN KELUAR AWAL" vs "KELUAR...LAH AWAL"

Nie citer pasal seorang guru yang menasihati pelajar-pelajarnya mengenai peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba. Guru tersebut berkata kepada pelajar-pelajarnya, "Kamu semua JANGAN KELUAR AWAL semasa peperiksaan sebenar nanti. Jika kamu dah habis jawab semua soalan, check jawapan kamu berulang-ulang kali dan pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran ditulis dengan betul. Kalau kamu tunggu hingga masa tamat, manalah tahu pada masa tu kamu dapat some idea untuk melengkapkan jawapan kamu tu dengan lebih baik. Ingat pesan saya ya..." Apabila hujung tahun, guru tersebut dilantik menjadi pengawas peperiksaan (invigilator) SPM di salah sebuah sekolah di ibu kota dan semasa peperiksaan berlangsung, guru tersebut sentiasa berdoa dalam hatinya (KELUAR...LAH AWAL budak-budak nie, cepat sikit keje aku boleh siap) supaya calon-calon yang di awasinya pulang lebih awal dari waktu peperiksaan tamat supaya dia boleh balik awal dan dapat uruskan banyak perkara... :-) begitulah lumrah ...